Disini saya ingin kongsi kan antara lens canon yang terkenal dengan ketajaman dan kebokehan nya. (",)
Lens ni bagi saya amat sesuai sebagai lensa potret dimana jarak focal nya amat ideal, ambil maklum jaraknya nak bagi masuk subjek dalam frame memperuntukkan jurufoto untuk berada jauh dari subjek. Walaupun pada F2, imej yang terhasil dari lens ini amatlah sharp, dan akan bertambah sharp jika dikecilkan nilai aperture nye, stop down hingga F5.6, lens in menjadi super sharp.
Berikut adalah gambar lensa itu sendiri, lens ini adalah daripada keluarga L lens / luxury dimana ianya sangat berkualiti, tahan dan high end.
Agak berat dan panjang sedikit lens ini jika dibandingkan dengan prime lens yang lain, tapi masih lagi berada dalam julat, sedap dipegang dan tidak sebesar dan seberat zoom lens 70 200 2.8 contohnya. lens ini dibuat dari negara asalnya iaitu negara Jepun, jadi kualiti nya tidak dapat disangkal lagi. Lens ini juga terkenal sebagai L lens yang sangat sharp dan tidak mahal berbnding L lens yang lain. Ada yang memanggilnya Bokeh King Lens, Lord of the Red Ring dsbnya. Ini mungkin disebabkan reputasinya yang gah dengan penghasilan imej yang berkualiti, rendaan warna yang hebat dan bokeh yang soft, creamy, dreamy dan sekapal dengannya. Lens ni boleh didapati di outlet2 canon dengan tag price +-4k atau secondhand pada harga 2-2.8k (bergantung kondisi lens sendiri).
Jom kita lihat hasil dari lens ini, maaf jika hasilnya tak seberapa..
Gambar 1 - pada f4 bokehnya agak bersegi
Gambar 2 - encik bear mengangkut adik CJ
Gambar 3 - En Sir Juke yang telah di crop, namun masih lagi dapat dilihat betapa sharp nya imej yang terhasil
Gambar 4 - walaupun terdapat motion blur dan blur dimerata tempat akibat shutter yang rendah, namun cuba lihat bokeh yang terhasil pada f2, sungguh soft, dreamy, creamy, dan yummy.. (",)
Sekian. Hafiz Ilias
Lawati, share dan like laman facebook saya untuk tips-tips dan tempahan fotografi perkahwinan -->> https://www.facebook.com/hafiziliasphotography?focus_composer=true&ref_type=bookmark
https://www.facebook.com/hafiziliasphotography?focus_composer=true&ref_type=bookmark
ReplyDelete