Assalam, pada post kali ni, saya nak berkongsi pengalaman saya selama lebih kurang 6 bulan memandu dan memiliki kereta buatan Malaysia, iaitu Proton Preve.
Alhamdulillah selama saya bersama dengan nya tiada sebarang masalah major yang sering di utarakan oleh mereka yang selalu memperlekeh barangan buatan tempatan esp. Proton. Model ini didatangkan dengan tiga varian iaitu CFE (Full Spec) dan Exec (Auto dan Manual). Saya akan fokus kepda Exec CVT pada perkongsian ini. Model ini juga dibuat khas dalam segmen C iaitu setara dengan kereta seperti, Toyota Altis dan Honda Civic. Menggunakan pacuan gear berterusan iaitu CVT. Pada permulaan pemanduan, saya merasa agak kekok memandangkan saya adalah pemandu kenderaan manual tegar sebelum ini. Pacuan transmisi CVT agak berbeza dengan gear Auto biasa dimana pemandu tidak akan merasa sebarang penukaran gear dan akan mendapat feel yang smooth. Mungkin bila pertama kali memandu, kita akan terasa kereta ini lambat hendak bergerak, tak berkeyakinan untuk memotong dan sebagainya. Semua itu daat diatasi bila saya sendiri berjaya memahami karektaristik enjin dan transmisi yang digunapakai oleh kereta ini. Actually pihak proton telah menambahbaik ECU/TCU bagi tujuan mengatasi permasalahan yang dihadapi, setelah mengemaskini ECU/TCU terbabit, barulah saya lebih berkeyakinan dalam pemanduan. Baiklah, berpindah kepada keluasan kabin kereta ini, saya yakin pembaca juga tahu dan pernah melihat sendiri akan keluasannya, amatlah selesa bersesuaian dengan bajet/harga yang kita bayar. Pemain CD beserta dengan reverse sensordan alat kawalan stering adalah standard bgi kereta ini. Saya telah pn mengupgred audio dengan pemain dvd dan half leather seat bagi kepuasan diri. maklumlah, nak paki lama, insyaallah. Dari segi luaran nya pula, kereta ini amatlah menarik perhatian setiap mata yang memandang, terutama pada lampu LED depan dan belakang nya. Saya juga telah menambah beberapa kosmetik luaran seperti skirting dan spoiler bagi menambah lagi seri nya. Rim asal yang bersaiz 16" juga telah ditukar kepada rim jepun SSR Type C yang jauh lebih ringan dan baik dari rim asal. Kereta ini juga memggunakan kawalan remote untuk membuka bonet, agak mengkagumkan jgaklah bagi saya. Kereta ini juga dilengkapi brek ABS dan teknologi EBD yang dapat menjamin keselamatan disamping dua air bag yang saya yakin dapat meningkatkan keyakinan pemanduan kita secara tidak langsung. Kereta ini memiliki gear cvt 6 kelajuan dengan mode D dan S untuk pemanduan yang biasa dan radikal (sport), selain itu, ia nya juga dilengkapi dengan button SAT yang membolehkan pemandu merasai penukaran gear biasa seperti gear konvensional yang lain, bagi saya pula teknologi Cvt itu sendiri adalah yang terbaik dimana sistemnya begitu pintar dalam pelbagai aspek.
Permasalahan yang timbul pada kereta ini ialah ketika kita sedang accelerate untuk mendapat kelajuan yang kita mahu, terasa dashboard akan bergegar dengan bunyi yang luar biasa, setelah membuat beberapa uian saya mendapat terdapat ruang/freeplay pada kotak angin yang menempatkan air fiter. Stelah mody sikit dibahagian tu, alhamdulillh masalah selesai, dan kereta terasa lebih pikap dan jimat minyak. Tiada lagi semput dan sebagainya. Oleh kerana kereta ini menggunakan transmisi CVT, maka ia mempunyai respon yang agak lambat terutama bila mendaki bukit, bukan ketika cruising, tapi bila halaju zero n nak pnjat bukit, kita akan terasa macam kereta akan kebelakang dan enjin nak mati / semput, tapi sebenarnya jangan risau, ia adalah karekteristik CVT itu sendiri, actually main je minyak, and kereta saya lepas minyak tak mengundur pun, mungkin rezki saya. hehehe. Ok, penggunaan minyak bagi kereta ini agak berpatutan juga iaitu dalam 480km/50RM. itu rekod yang saya dapat, mungkin orang lain dapat berbeza bergantung pada cara pemanduan masing-masing. Kelajuan maksima pula ialah 190km/j yang mana kereta bergerak dalam keadaan yang amat stabil. Pengalaman pemanduan pula yang ingin saya kongsikan ialah ketika memandu di highway, enjin 1.6 bukanlah kecil bagi kereta ini, ia boleh memotong dan mngatasi hampir apa saja kereta (kalau berani la) dengan lancar dan seakan tidak berasa walau pada kelajuan yang tinggi. Saya juga telah mendaki bukit fraser tanpa sebarang masalah yakni kereta dapat mengharungi pelbagai bentuk muka bumi samada landai atau berbukit, memang proton komit to be better dengan kehadiran model ini.
Jika Kawan-kawan ingin berkongsi dengan saya boleh lah tinggalkan komen diruangan bawah ni ye. Apapun saya amat berpuashati dengan kereta buatan Malaysia ini. Harap ia akan lebih berjasa lagi dimasa akan datang.
Bunyi mengerang dan meraum ketika tekan pedal minyak sampai bergetar rasanya... apa punca tu dan cara soft problem.. tq
ReplyDeleteMaaf lewat reply ye, berkenaan kotak angin tu, pernah satu ketika sc di perak, meletakkan alas pada permukaan filter untuk melenyapkan gap antara filter dan penutup kotak angin, cuba tuan potong sedikit kotak biasa, sendal dibahagian atas filter tersebut, insyaallah sya akan tunjuk gambar sedikit masa lagi, bunyi mengerang tu akan hilang/kurang.. daripada penyelesaian sc sendiri, yang saya tambah baik..
DeleteBerkenaan kotak angin, bagaimana nk settle masalah tu. Saya kurang jelas. Juga menghadapi masalah gegaran ketika ingin memecut..
ReplyDeleteSaudara/ri...perlu tahu bahawa segala jenis mekanikal yg bergerak menggunakan belt akan menghasilkan bunyi yg agak kuat sedikit seperti mengaum dan bergetar kerana cvt bukan lah gear spt konvensional gear. Jika ketika memecut dan agak memaksa ianya akan mengaum dan kita perlu melepaskan pendikit sedikit dan boleh memecut semula.jgn terus memaksa kerana boleh menyebabkan belt slip dr clutch dan merosakkan cvt. Panaskan enjin sblm memulakan perjalanan utk cvt berfungsi maksimum dan tahan lama.
DeleteTapi mengapa model cfe tidak mengalami masalah demikian sedangkan ia juga menggunakan kotak gear cvt?
DeleteSaya baru guna sehari, info button dh tak berfungsi. Trip mileage jga suddenly reset. Apa pandangan?
ReplyDeletemasalah berikutan perkara yang saudara hadapi, eloklah kiranya saudara claim warranty di SC yang terdekat, jangan risau, warranty ada selama tahun, enjoy your ride!!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya dah 2 tahun menggunakan Preve CVT. Pada permulaan memakai preve saya tak dapat terima masalah jerking apabila jalan perlahan terutama jalan jem, gear reverse enjin mati dan bunyi mengaum bila nak memecut. Masalah lain saya anggap kecil sebab hantar servis bagi tau masalah, service center akan tukar. Tapi saya rasa masalah saya adalah masalah software kat ECU bukan mekanikal. Jadi saya tanya kat service centre ada software update tak? Akhirnya saya dapat daripada CENTRE OF SERVICE EXCELLENCE (COSE) (BRANCHES), trial software (tak release lagi tapi sekarang tak tahu, saya dah cuba tanya kat service centre masa service bulan mei lepas saya punya masih yang terkini). Masalah reverse gear enjin mati dan jerking selesai. Masa service mei complain kat SC lagi, ECU software tuned, bunyi mengaum selesai. DAN sekarang memecut aje sampaikan cermin kena batu kecil berlubang sebab laju sangat.
ReplyDeleteBoleh sy dapatkn nombor contact encik/cik untuk sy tau mengenai masalh jerking tu ? Sbb kereta sy ade problem mcm tu
DeleteSlm tmpg tnya cik..bunyi enjin kuat mengaum bila nak memotong rsa sgt krg slesa..mcmana cara nak atasi tu bos
ReplyDeleteSlm tmpg tnya cik..bunyi enjin kuat mengaum bila nak memotong rsa sgt krg slesa..mcmana cara nak atasi tu bos
ReplyDeleteSlm tmpg tnya cik..bunyi enjin kuat mengaum bila nak memotong rsa sgt krg slesa..mcmana cara nak atasi tu bos
ReplyDeleteSalam saya nak tanya kalau masih aktif lagi saya ada beli kereta proton preve dekat used car bila dpt je dekat saya kereta bila saya berhenti dekat trafik light atau baru nak mula kan prjalanan kereta akan jadi semput macam nak mati saya dah tukar spark plug, coil plug, minyak gearbox dgn filter skali tapi tetap bermasalah apa pun dia adkah gearbox pun boleh jadi punca juga harap ada yg blas lah
ReplyDelete