Iklan

Pages

Thursday, 10 July 2014

Shahrul & Bahiah

Majlis Resepsi Shahrul dan Bahiah
Sila call/sms/whatsapp 0142297133 untuk maklumat lanjut
fotografi perkahwinan Tapah Perak



Tg. Malim - Tapah - Teluk Intan
#malaywedding

Tuesday, 8 July 2014

Fotografi Perkahwinan - Tanjong Malim ~ Tapah ~ Tapah Road ~ Teluk Intan



Bimillahirrahmanirrahim..

Assalam dan Salam 1Malaysia..

Bermula lah muka baru dalam penceritaan berkaitan fotografi perkahwinan di dalam blog ini. Disini kami ingin mempromosikan pakej-pakej fotografi perkahwinan dengan harga yang berpatutan dan Insyaallah hasil yang berkualiti. Gambar-gambar hasil kerja kami sebelum ini akan kami update dari masa ke semasa didalam blog ini. Daripada Pre wedding, pertunangan, nikah, persandingan, outdoor sehinggalah Post wedding adalah antara pakej yang saya tawarkan kepada bakal pelanggan kami. Sebarang pertanyaan berkaitan pakej-pakej boleh lah diajukan kepada saluran berikut:

1) Komen di blog dengan meninggalkan no. tel. beserta e-mail
2) E-mail kami terus di m.hafizan@icloud.com
3) Call/SMS/Whatsapp di talian 0142297133 / 0142297233
4) Layari, like dan share page muka buku kami, Hafizilias hotography & Artwork

Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan fotografi potret, baby shower, couple dll.

Sekian untuk makluman semua, semoga bermanfaat.

Hafiz Ilias


Monday, 7 July 2014

Lens Canon EF 135mm F2L

Assalam dan salam sejahtera

Disini saya ingin kongsi kan antara lens canon yang terkenal dengan ketajaman dan kebokehan nya. (",)
Lens ni bagi saya amat sesuai sebagai lensa potret dimana jarak focal nya amat ideal, ambil maklum jaraknya nak bagi masuk subjek dalam frame memperuntukkan jurufoto untuk berada jauh dari subjek. Walaupun pada F2, imej yang terhasil dari lens ini amatlah sharp, dan akan bertambah sharp jika dikecilkan nilai aperture nye, stop down hingga F5.6, lens in menjadi super sharp.

Berikut adalah gambar lensa itu sendiri, lens ini adalah daripada keluarga L lens / luxury dimana ianya sangat berkualiti, tahan dan high end.





Agak berat dan panjang sedikit lens ini jika dibandingkan dengan prime lens yang lain, tapi masih lagi berada dalam julat, sedap dipegang dan tidak sebesar dan seberat zoom lens 70 200 2.8 contohnya. lens ini dibuat dari negara asalnya iaitu negara Jepun, jadi kualiti nya tidak dapat disangkal lagi. Lens ini juga terkenal sebagai L lens yang sangat sharp dan tidak mahal berbnding L lens yang lain. Ada yang memanggilnya Bokeh King Lens, Lord of the Red Ring dsbnya. Ini mungkin disebabkan reputasinya yang gah dengan penghasilan imej yang berkualiti, rendaan warna yang hebat dan bokeh yang soft, creamy, dreamy dan sekapal dengannya. Lens ni boleh didapati di outlet2 canon dengan tag price +-4k atau secondhand pada harga 2-2.8k (bergantung kondisi lens sendiri).

Jom kita lihat hasil dari lens ini, maaf jika hasilnya tak seberapa..

Gambar 1 - pada f4 bokehnya agak bersegi

Gambar 2 - encik bear mengangkut adik CJ

Gambar 3 - En Sir Juke yang telah di crop, namun masih lagi dapat dilihat betapa sharp nya imej yang terhasil

Gambar 4 - walaupun terdapat motion blur dan blur dimerata tempat akibat shutter yang rendah, namun cuba lihat bokeh yang terhasil pada f2, sungguh soft, dreamy, creamy, dan yummy.. (",)

Sekian. Hafiz Ilias

Lawati, share dan like laman facebook saya untuk tips-tips dan tempahan fotografi perkahwinan -->> https://www.facebook.com/hafiziliasphotography?focus_composer=true&ref_type=bookmark