Assalam, pada post kali ni, saya nak berkongsi pengalaman saya selama lebih kurang 6 bulan memandu dan memiliki kereta buatan Malaysia, iaitu Proton Preve.
Alhamdulillah selama saya bersama dengan nya tiada sebarang masalah major yang sering di utarakan oleh mereka yang selalu memperlekeh barangan buatan tempatan esp. Proton. Model ini didatangkan dengan tiga varian iaitu CFE (Full Spec) dan Exec (Auto dan Manual). Saya akan fokus kepda Exec CVT pada perkongsian ini. Model ini juga dibuat khas dalam segmen C iaitu setara dengan kereta seperti, Toyota Altis dan Honda Civic. Menggunakan pacuan gear berterusan iaitu CVT. Pada permulaan pemanduan, saya merasa agak kekok memandangkan saya adalah pemandu kenderaan manual tegar sebelum ini. Pacuan transmisi CVT agak berbeza dengan gear Auto biasa dimana pemandu tidak akan merasa sebarang penukaran gear dan akan mendapat feel yang smooth. Mungkin bila pertama kali memandu, kita akan terasa kereta ini lambat hendak bergerak, tak berkeyakinan untuk memotong dan sebagainya. Semua itu daat diatasi bila saya sendiri berjaya memahami karektaristik enjin dan transmisi yang digunapakai oleh kereta ini. Actually pihak proton telah menambahbaik ECU/TCU bagi tujuan mengatasi permasalahan yang dihadapi, setelah mengemaskini ECU/TCU terbabit, barulah saya lebih berkeyakinan dalam pemanduan. Baiklah, berpindah kepada keluasan kabin kereta ini, saya yakin pembaca juga tahu dan pernah melihat sendiri akan keluasannya, amatlah selesa bersesuaian dengan bajet/harga yang kita bayar. Pemain CD beserta dengan reverse sensordan alat kawalan stering adalah standard bgi kereta ini. Saya telah pn mengupgred audio dengan pemain dvd dan half leather seat bagi kepuasan diri. maklumlah, nak paki lama, insyaallah. Dari segi luaran nya pula, kereta ini amatlah menarik perhatian setiap mata yang memandang, terutama pada lampu LED depan dan belakang nya. Saya juga telah menambah beberapa kosmetik luaran seperti skirting dan spoiler bagi menambah lagi seri nya. Rim asal yang bersaiz 16" juga telah ditukar kepada rim jepun SSR Type C yang jauh lebih ringan dan baik dari rim asal. Kereta ini juga memggunakan kawalan remote untuk membuka bonet, agak mengkagumkan jgaklah bagi saya. Kereta ini juga dilengkapi brek ABS dan teknologi EBD yang dapat menjamin keselamatan disamping dua air bag yang saya yakin dapat meningkatkan keyakinan pemanduan kita secara tidak langsung. Kereta ini memiliki gear cvt 6 kelajuan dengan mode D dan S untuk pemanduan yang biasa dan radikal (sport), selain itu, ia nya juga dilengkapi dengan button SAT yang membolehkan pemandu merasai penukaran gear biasa seperti gear konvensional yang lain, bagi saya pula teknologi Cvt itu sendiri adalah yang terbaik dimana sistemnya begitu pintar dalam pelbagai aspek.
Permasalahan yang timbul pada kereta ini ialah ketika kita sedang accelerate untuk mendapat kelajuan yang kita mahu, terasa dashboard akan bergegar dengan bunyi yang luar biasa, setelah membuat beberapa uian saya mendapat terdapat ruang/freeplay pada kotak angin yang menempatkan air fiter. Stelah mody sikit dibahagian tu, alhamdulillh masalah selesai, dan kereta terasa lebih pikap dan jimat minyak. Tiada lagi semput dan sebagainya. Oleh kerana kereta ini menggunakan transmisi CVT, maka ia mempunyai respon yang agak lambat terutama bila mendaki bukit, bukan ketika cruising, tapi bila halaju zero n nak pnjat bukit, kita akan terasa macam kereta akan kebelakang dan enjin nak mati / semput, tapi sebenarnya jangan risau, ia adalah karekteristik CVT itu sendiri, actually main je minyak, and kereta saya lepas minyak tak mengundur pun, mungkin rezki saya. hehehe. Ok, penggunaan minyak bagi kereta ini agak berpatutan juga iaitu dalam 480km/50RM. itu rekod yang saya dapat, mungkin orang lain dapat berbeza bergantung pada cara pemanduan masing-masing. Kelajuan maksima pula ialah 190km/j yang mana kereta bergerak dalam keadaan yang amat stabil. Pengalaman pemanduan pula yang ingin saya kongsikan ialah ketika memandu di highway, enjin 1.6 bukanlah kecil bagi kereta ini, ia boleh memotong dan mngatasi hampir apa saja kereta (kalau berani la) dengan lancar dan seakan tidak berasa walau pada kelajuan yang tinggi. Saya juga telah mendaki bukit fraser tanpa sebarang masalah yakni kereta dapat mengharungi pelbagai bentuk muka bumi samada landai atau berbukit, memang proton komit to be better dengan kehadiran model ini.
Jika Kawan-kawan ingin berkongsi dengan saya boleh lah tinggalkan komen diruangan bawah ni ye. Apapun saya amat berpuashati dengan kereta buatan Malaysia ini. Harap ia akan lebih berjasa lagi dimasa akan datang.