Iklan

Pages

Thursday, 31 October 2013

Proton Preve 1.6 Exec iAFM CVT

Assalam, pada post kali ni, saya nak berkongsi pengalaman saya selama lebih kurang 6 bulan memandu dan memiliki kereta buatan Malaysia, iaitu Proton Preve.

Alhamdulillah selama saya bersama dengan nya tiada sebarang masalah major yang sering di utarakan oleh mereka yang selalu memperlekeh barangan buatan tempatan esp. Proton. Model ini didatangkan dengan tiga varian iaitu CFE (Full Spec) dan Exec (Auto dan Manual). Saya akan fokus kepda Exec CVT pada perkongsian ini. Model ini juga dibuat khas dalam segmen C iaitu setara dengan kereta seperti, Toyota Altis dan Honda Civic. Menggunakan pacuan gear berterusan iaitu CVT. Pada permulaan pemanduan, saya merasa agak kekok memandangkan saya adalah pemandu kenderaan manual tegar sebelum ini. Pacuan transmisi CVT agak berbeza dengan gear Auto biasa dimana pemandu tidak akan merasa sebarang penukaran gear dan akan mendapat feel yang smooth. Mungkin bila pertama kali memandu, kita akan terasa kereta ini lambat hendak bergerak, tak berkeyakinan untuk memotong dan sebagainya. Semua itu daat diatasi bila saya sendiri berjaya memahami karektaristik enjin dan transmisi yang digunapakai oleh kereta ini. Actually pihak proton telah menambahbaik ECU/TCU bagi tujuan mengatasi permasalahan yang dihadapi, setelah mengemaskini ECU/TCU terbabit, barulah saya lebih berkeyakinan dalam pemanduan. Baiklah, berpindah kepada keluasan kabin kereta ini, saya yakin pembaca juga tahu dan pernah melihat sendiri akan keluasannya, amatlah selesa bersesuaian dengan bajet/harga yang kita bayar. Pemain CD beserta dengan reverse sensordan alat kawalan stering adalah standard bgi kereta ini. Saya telah pn mengupgred audio dengan pemain dvd dan half leather seat bagi kepuasan diri. maklumlah, nak paki lama, insyaallah. Dari segi luaran nya pula, kereta ini amatlah menarik perhatian setiap mata yang memandang, terutama pada lampu LED depan dan belakang nya. Saya juga telah menambah beberapa kosmetik luaran seperti skirting dan spoiler bagi menambah lagi seri nya. Rim asal yang bersaiz 16" juga telah ditukar kepada rim jepun SSR Type C yang jauh lebih ringan dan baik dari rim asal. Kereta ini juga memggunakan kawalan remote untuk membuka bonet, agak mengkagumkan jgaklah bagi saya. Kereta ini juga dilengkapi brek ABS dan teknologi EBD yang dapat menjamin keselamatan disamping dua air bag yang saya yakin dapat meningkatkan keyakinan pemanduan kita secara tidak langsung. Kereta ini memiliki gear cvt 6 kelajuan dengan mode D dan S untuk pemanduan yang biasa dan radikal (sport), selain itu, ia nya juga dilengkapi dengan button SAT yang membolehkan pemandu merasai penukaran gear biasa seperti gear konvensional yang lain, bagi saya pula teknologi Cvt itu sendiri adalah yang terbaik dimana sistemnya begitu pintar dalam pelbagai aspek.


Permasalahan yang timbul pada kereta ini ialah ketika kita sedang accelerate untuk mendapat kelajuan yang kita mahu, terasa dashboard akan bergegar dengan bunyi yang luar biasa, setelah membuat beberapa uian saya mendapat terdapat ruang/freeplay pada kotak angin yang menempatkan air fiter. Stelah mody sikit dibahagian tu, alhamdulillh masalah selesai, dan kereta terasa lebih pikap dan jimat minyak. Tiada lagi semput dan sebagainya. Oleh kerana kereta ini menggunakan transmisi CVT, maka ia mempunyai respon yang agak lambat terutama bila mendaki bukit, bukan ketika cruising, tapi bila halaju zero n nak pnjat bukit, kita akan terasa macam kereta akan kebelakang dan enjin nak mati / semput, tapi sebenarnya jangan risau, ia adalah karekteristik CVT itu sendiri, actually main je minyak, and kereta saya lepas minyak tak mengundur pun, mungkin rezki saya. hehehe. Ok, penggunaan minyak bagi kereta ini agak berpatutan juga iaitu dalam 480km/50RM. itu rekod yang saya dapat, mungkin orang lain dapat berbeza bergantung pada cara pemanduan masing-masing. Kelajuan maksima pula ialah 190km/j yang mana kereta bergerak dalam keadaan yang amat stabil. Pengalaman pemanduan pula yang ingin saya kongsikan ialah ketika memandu di highway, enjin 1.6 bukanlah kecil bagi kereta ini, ia boleh memotong dan mngatasi hampir apa saja kereta (kalau berani la) dengan lancar dan seakan tidak berasa walau pada kelajuan yang tinggi. Saya juga telah mendaki bukit fraser tanpa sebarang masalah yakni kereta dapat mengharungi pelbagai bentuk muka bumi samada landai atau berbukit, memang proton komit to be better dengan kehadiran model ini. 


Jika Kawan-kawan ingin berkongsi dengan saya boleh lah tinggalkan komen diruangan bawah ni ye. Apapun saya amat berpuashati dengan kereta buatan Malaysia ini. Harap ia akan lebih berjasa lagi dimasa akan datang.

Monday, 3 June 2013

Gaya Permainan Pakoi Pama Segon

Sila follow link berikut

http://demonsfowl.blogspot.com/2012/10/assalam.html#comment-form

Ayam Laga Sabung Jaguh Pama Pakoi Ganoi Segon Adunan 4D

Salam 1Malaysia..

Jom kite berkongsi pic2 benih 4 darah yang dihasilkan dari reban saya di Tapah. Pelbagai saiz matang dari 3-3.5kg dihasilkan dengan pelbagai gaya permainan dan buah patah / ping. Enjoy. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh call Wan di talian 0175015864.

















Wednesday, 1 May 2013

Frogman GW-202AK-7JR White Jelly I.C.E.R.C Edition

Assalam dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan penginjung blog ni. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi hobi saya iaitu mengumpul jam G-Shock model Frogman dari Casio. Model frogman terkenal dengan ketahanan nya di dalam air dan actually ialah model high end dari line up G-Shock. Model ini juga ialah antara model G-Shock yang dibuat dari material titanium. Jam ini dibuat sepenuhnya dari jepun (JR - Japan Release) dan menggunakan bateri jenis though solar yang mana perlu dijemur sekali sekala untuk  recharge baterinya.

Ok pada hari ni saya akan kongsikan satu daripada beberapa koleksi Frogman rare (Sukar didapati) iaitu dari edisi ICERC  yang berwarna putih transparent (jelly white). Oleh sebab ianya adalah keluaran terhad maka harganya boleh dikatakan agak tinggi sedikit dari model-model frogman yang lain. Baiklah setakat ini saja untuk hari ini, In Shaa Allah saya akan kongsikan koleksi model frogman saya yang lain pula pada masa akan datang ye. Jom tengok gambar-gambar Froggy ni..











Tuesday, 30 April 2013

Demons Serama

Saja nak share ayam-ayam lama yang pernah dan masih menghiasi reban saya. Mereka bukan sekadar haiwan peliharaan, malah juga kawan peneman dikala kesuniyian, hehe.


Penagam : Serama pertama saya (Dah berhijrah ke Slim River)


Sami Siam (Berhijrah ke Indonesia)


Zero - Dibeli sahabat dari KL





Tombak Changkat - Berkhidmat sebagai Pembaka Sepenuh Masa



Tombak Mas - Masih Pembaka




Ronaldo / Sri Kemumin - Berhijrah Indonesia


Dee Mancis - 



ATM - Masih bergaya (Pembaka Sepenuh Masa)



Xenuz - dah tiada


Jalak Putih








Ayam Sabung / Ayam Laga

Assalam dan Salam sejahtera..

Ayam laga terkenal dengan sifat garangnya yang mana sering dikaitkan dengan perjudian dan pelbagai lagi. Tapi dari mata saya selain dari gaya jalannya yang menarik, ayam laga juga perlu dinilai dari segi kesenian dan kecantikan ayam tu sendiri, seperti japanese bantam (KO Shamo) yang dinilai berdasarkan rupanya yang ganas.


Berikut adalah antara ayam yang banyak berjasa direban saya yang mana pernah menjadi pembaka yang baik sebelum dibeli oleh peminat ayam laga yang pernah mengunjungi reban dan blog lama saya demonsfowl.blogsot.com.


Memey : yang pegang ayam tu otai di tempat saya. (",)


Gun :  Jalak yang ada buah besar

Dan banyak lagi tapi gambar lak kong. So akan update later.. Thanks for viewing..


Anak A - ATM Offspring

Assalam dan salam sejahtera, hari ni saya nak memperkenalkan antara anak ayam yang dihasilkan di reban saya. Selalu ibu ni anaknya hanya menetas sekor2 je. (",)



Sekian, terima kasih